Hiroshima · Japan · Story

Tertinggal Bas?!!

Tetamu terakhir saya pulang semalam.Tetapi ada cerita pula di sebalik kepulangan mereka.Cerita ini agak pening kerana terlalu banyak fakta nombor.Harap dapat membaca sambil berimiginasi.Mungkin lebih senang difahami oleh orang-orang di bumi Saijo juga bagi mereka yang pernah menjejak bumi Saijo.

I dan M akan memulakan perjalanan pulang dari Saijo ke pulau paling utara di Jepun nenaiki belon(bahasa orang Sabah)dari Kobe.Mereka memilih untuk naik bas dari Hirodai ke Kobe jam 8pagi(berkumpul jam 7:40pagi).Sayalah yang harus menghantar ke tempat menunggu bas.Terasa berat sekali mengangkat kelopak mata selepas saya menutupnya kembali usai solat subuh >< Ditambah pula kami tidur agak lewat malam itu,bertukar cerita tentang kenangan yang pernah kami cipta.’That is what we called memory,’ kata seorang teman.

Saya berkira-kira mahu bangun jam 7:15pagi untuk bersiap menghantar mereka.Tapi I paksa saya bangun menyediakan cekodok pisang untuknya.Kami beli pisang 2 hari lalu di Youme Town yang kebetulan murah sebab dah masak dengan ranum dan lembik.Hanya sesuai untuk buat cekodok pisang.Asalnya nak masak pagi semalam,tapi sebab semua malas masuk ke dapur bersama dingin pagi.Akhirnya saya mengalah.Kesian I dan kouhainya.Kempunan pula nak makan cekodok pisang nanti,saya juga yang sedih mengenangkannya.Saya bangun dengan malas jam 6:45 pagi.Entahkan sempat atau tidak,saya cuba meniru gaya seekor lipas yang kudung.Ketika sibuk meleyekkan pisang dan menggaulnya bersama tepung gandum dan gula,I masuk ke dapur menghulur telefon merah saya yang sedang menjerit-jerit minta diangkat.Nombor yang tidak pernah saya register tertera di skrin.Kedengaran suara lelaki Jepun yang tak saya kenali siapa geranganya bertanyakan adakah saya orangnya yang akan menaiki bus ke Kobe pagi itu.Menurutnya,masa untuk bas bergerak telah sampai (jam 7:00 pagi)tetapi saya masih tidak kelihatan di sana.Uwahhh!! I dan M tersalah masa naik bas.Saya minta pakcik driver tunggu 10-15 minit untuk kami sampai ke sana walaupun saya rasa mustahil kami sempat ke sana dalam masa sesingkat itu.Pakcik driver mencadangkan agar kami (I dan M) ke Hiroshima Eki dalam masa sejam dari sekarang.Bas akan bergerak sekarang,tiada masa untuk menanti kami.Jam 8 pagi,bas akan tiba di Hiroshima Eki untuk mengambil penumpang,maka sila berada di hadapan Hiroshima Shinkansen Guchi untuk menaiki bas yang sama.

Saya tinggalkan kerja-kerja di dapur.Kami semua duduk berbincang.Terdesak!Apa pilihan kami?

1) Manaiki Teksi ke Saijo Eki-ambil tren dari Saijo ke Hiroshima Eki-Bergerak ke Hiroshima Shinkansen Guchi

-Tapi masalahnya,kemungkinan besar tidak sempat untuk sampai ke Hiroshima Eki sebelum jam 8.Perjalanan menaiki tren dari Saijo-Hiroshima memakan masa 40 minit.Nak berjalan ke tempat bas lagi..

2)Naik teksi terus ke Hiroshima Shinkansen Guchi dari Saijo

-Pilihan ni mungkin paling mudah..hanya bagi orang-orang yang tidak kisah duit mengalir bagaikan air dalam satu pagi sahaja.Cancel2..silap-silap boleh melayang 10 000yen=Rm 380

3)Cancel naik bas ke Kobe.Hilang 4700yen.Naik Tren biasa dari Saijo ke Kobe =5000yen plus minus

4700 yen+5000yen=9700yen

Kedudukan Hiroshima,Higashi Hiroshima&Saijo
Kedudukan Hiroshima,Higashi Hiroshima&Saijo

Di antara ketiga-tiga pilihan tiada satupun yang nampak menarik bagi kami.Apa-apahal pun,semasa sessi perbincangan saya telah pun mendail nombor teksi. Sebarang pilihan terletak di tangan penumpang.Terasa berat sekali mahu berpisah.Apatah lagi,perpisahan yang sebegini.S dan E hanya bersalaman di muka pintu,saya pula menghantar sampai ke depan rumah dan menanti sehingga teksi membawa mereka pergi,hilang dari pandangan mata saya..

Kami resah menanti di rumah.Sempatkah mereka mengejar bas agaknya?10 minit sebelum jam 8, I telefon bertanya saya bas yang mana satu.Berjayakah I sampai tepat pada waktunya??Saya kurang pasti untuk memberi jawapan.Saya usulkan supaya dia mencari bas ke Kyoto/Osaka memandangkan bas ke Kobe stensen terakhirnya adalah di sana.Tiba-tiba terdengar suara I menyapa seorang pakcik Jepun.Pakcik driver barangkali…

Saya hanya menerima mesej daripada I ketika mereka telahpun selamat sampai ke bumi Kobe 5jam selepas ituItupun setelah saya menghantar mesej bertanyakan khabar mereka.Alhamdulillah..terdetik di hati saya ingin tahu cara mereka ke sana dalam masa yang sesingkat itu tanpa ketinggalan bas.Begini rupanya..

::(1)naik teksi sampai Higashi Hiroshima Eki (stesen shinkansen ni) = 2400yen / 2 org

::(2)dari Higashi Hiroshima Eki,naik shinkansen (bullet train) ke Hiroshima Eki = 1400 yen

::(3)sampai di Hiroshima Eki,bergerak ke Hiroshima Shinkansen Guchi dan menaiki bas ke Kobe

::total=2600 yen

bijak..bijak..tidak pulak kami terfikir akan cara itu dalam mesyuarat tergempar kami pagi tadi.Naik bullet train untuk sampai ke Hiroshima Eki memakan masa 10 minit sahaja..jika menaiki tren biasa,kira-kira 40 minit.Menaiki kereta/Teksi pula mungkin hampir sejam melalui jalan lama.Saya dan kouhai-kouhai tertawa pula mendengarnya.Tidak pernah ada sesiapa yang akan sanggup menghabiskan 1400yen menaiki Bullet Train ke Hiroshima satu perjalan yang sedekat itu,memakan masa 10 minit je pun..Tapi saya mula memikirkan betapa convience nya kewujudan bullet tren untuk menghubungkan jarak sedekat itu,bagi orang-orang yang sangat memerlukan.Contohnya bagi mereka yang melalui pengalaman seperti kes di atas.

Satu hari  nanti,saya juga nak ajak kouhai-kouhai saya menghabiskan duit naik bullet tren dari Higashi Hiroshima Eki ke Hiroshima Eki. 1400yen untuk perjalanan memakan masa 10minit.  1400yen=Rm53  huhu!

p1010360
Bullet Train atau Shinkansen menghubungkan Tokyo dan Hakata berkelajuan 300km/h
Shinkansen Map
Shinkansen Map

 

One thought on “Tertinggal Bas?!!

  1. Hee~ bijak2. Bijak sungguh ima dan kouhainya. Satu, bijak menggunakan kemudahan yang ada, dan satu lagi bijak tidak mengikut keputusan mesyuarat orang-orang m****. hoho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s