Tazkirah

Lalu Untuk Apa Air Mata Diciptakan?

Adakah anda sedang bersedih?Terasa ingin menangis?Sebelum itu,mari kita renung-renungkan..

“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43)

Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangisan, serta menciptakan sebab tercetus kedua-duanya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya, dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering.Tangisan berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.Kalaulah air mata itu ditampung maka banjirlah dunia ini.

Mengapa menangis?Sebab yang tercela atau terpuji??

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya?

Janganlah menangis menonton filem hindustan atau cerita Korea, itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak kesampaian mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezki itu kan pemberian Tuhan.

Janganlah menangis kerana sebuah perpisahan,tabahkan hati dan ucapkanlah semoga bertemu lagi,andai tidak di bumi tuhan,moga-moga di sana nanti

Dari itu??..

Menangislah kerana insaf di atas segala kecuaian yang telah melanda diri

Menangislah kerana segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari-NYA

Menangislah di sujud terakhirmu untuk meleburkan dosa-dosa,moga-moga akan mendapat ampunan dariNYA

Menangislah sambil memikirkan dan menginsafi betapa sombongnya kita berjalan di atas muka bumi Allah ini sedang kita ini hanya seorang hamba yang sangat kerdil,lemah tiada upaya

Menangislah untuk mengharap hidayah dan Redha-NYA kerana dalam kehidupan ini Dia tidak perlukan kita sebaliknya kitalah yang sering berhajat kepadaNYA

Menangislah kerana kita sering lalai dan leka mengingati dia lebih dari DIA.Kita tidak tahu penghujungnya di mana sedang penghujung cinta DIA pastinya di syurga.

Menangislah kerana gementar takut kepada Allah juga takut akan azab dan seksaNYA di hari kemudian nanti

Air mata taubat Nabi Adam a.s.Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum pernah Aku menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

hadith-2-mataana-muslimah

A friend said,”Tak berbaloi air mata kita kerana perkara duniawi.Semoga Allah SWT menjadikan air mata yang jatuh di sudut-sudut mata kita adalah air mata yang berharga di pandanganNya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s