Hiroshima · Japan · Story · Tazkirah

Mencari Hidayah Allah

Minggu lalu menemukan saya dengan Yuusuke Kun,seorang sahabat Jepun yang saya kenali sejak di tahun pertama menuntut di sini.Sudah lama tidak borak bersama.Tahun ketiga di sem ke-2,tidak banyak menemukan kami dalam satu kelas.Sekadar bertemu di blok fakulti sambil berbalas mengangkat tangan.Pertemuan kami petang Jumaat itu secara kebetulan yang akhirnya membawa kami duduk semeja di Shokudo(cafetaria) sekolah menikmati semangkuk tempura udon untuk saya dan sedulang nasi Jepun bersama lauk-pauk untuk Yuusuke Kun.

Yuusuke Kun seperti kebanyakan orang Jepun lain,meyatukan kedua belah telapak tangan dan merapatkannya ke paras dada lalu mengucapkan ‘ITADAKIMAS’ sebelum menjamah hidangan di hadapan mata.Saya pula menadahkan tangan sambil membaca doa makan.Tertarik dengan cara saya berdoa sebelum makan,dia menyuruh saya mengulangi bait-bait doa sebentar tadi.Kali ini saya baca dengan terang agar jelas di pendengarannya biarpun mustahil untuk dia memahami maksud di sebalik ucapan doa saya.‘Panjang juga ucapan kamu sebelum makan’ komennya.Saya hanya tersenyum.

Perbualan kami bermula dengan pelbagai kisah yang akhirnya membawa kami ke topik tentang kewujudan tuhan.Saya memang sedia maklum,dia tidak pernah mempercayai kewujudan tuhan.Satu masa dahulu saya pernah berdebat dengannya dan berkongsi fakta ‘Apakah alasannya Tuhan itu benar-benar wujud’.Saya tahu tahap penguasaan saya berbahasa Jepun masih belum sampai membawa sebenar-benar mesej kepada dia.Dengan segala susah payah saya menyampaikan maksud,Alhamdulillah dia tidak bosan mendengar.Malah saya rasakan melalui penyampaian saya dengan penggunaan bahasa yang tidak seberapa ini,dia masih boleh faham dan memberikan respon.Betapa saya merasakan Allah telah mengurniakan kecerdikan akal kepadanya,cepat menangkap apa yang disampaikan dan mudah pula menerima.Subhanallah..seandainya dia seagama kita,pasti boleh menjadi logamyang hebat..

Namun,di satu sudut hati terpendam jauh rasa terkilan dan sedih.Sesuatu yang dia masih belum ada.HIDAYAH ALLAH
Saya selalu mempengaruhinya agar mencari.Kerana saya sentiasa melihat potensi dalam diri dia.Dan yang lebih menyedihkan,dia adalah orang yang sentiasa terbuka mendengar cerita-cerita saya tetapi masih terlalu jauh untuk dia menghampiri Nur Ad-Deen.
Dia percaya Tuhan itu tidak wujud.Kerana katanya setiap agama ada tuhannya tersendiri.Yang mana satukah yang benar?Jadi,tuhan itu sebenarnya hanya rekaan yang diwujudkan oleh setiap penganut agama sahaja..Ya Allah..saya tidak dapat menahan sebak dalam hati.Juga berbisik rasa syukur..kerana saya dan sahabat-sahabat seIslam yang lain,Allah letakkan di kalangan orang-orang yang menerima nikmat Islam dan nikmat Iman.Sedang bagi golongan seperti Yuusuke Kun..hatinya penuh kekeliruan dan kecelaruan.

Selepas tidak percaya akan kewujudan Tuhan,dia juga tidak mempercayai akan kewujudan syurga dan neraka.Atas nama ‘manusia’ semua orang di atas muka bumi ini sama darjatnya.Oleh itu,selepas mati,mereka semua akan diletakkan di satu tempat yang sama..
Saya menyangkal teori kartun nya.(maaf,saya memperlekehkan teorinya)..Lalu adakah orang-orang yang sentiasa beramal dengan kebaikan dan berbuat kebajikan akan sama balasannya dengan orang yang leka dan lalai menjadikan hidup ini sekadar tempat berfoya-foya mencari keseronokan?Jika hujah saya ini terlalu tinggi untuk dicapai akal seseorang bernama Yuusuke Kun,saya tukarkan pula kepada bahasa yang lebih mudah.Seandainya atas nama persamaan manusia sekalipun apakah sama balasannya untuk orang-orang yang sentiasa membantu orang lain dengan orang-orang yang mencuri dan membunuh?Saya beri pula pendekatan yang berbeza .Atas nama persamaan sebagai seorang pelajar,apakah sama keputusannya bagi seseorang yang berusaha keras untuk mencapai kecermelangan dengan seseorang yang culas dan mengambil ringan dalam pembelajarannya?

Saya tinggalkan persoalan ini bukan untuk dia menjawabnya.Tetapi untuk dia berfikir akannya..

Kami berpisah di blok fakulti.Di mana sebelum berlalu,dia sempat menyatakan kekagumannya berkenaan teguhnya pendirian saya terhadap agama saya.Saya tidak pasti apakah dia benar-benar memaksudkannya?Moga kehadiran saya dalam hidupnya menjadi asbab dia menerima Hidayah-NYA.Saya sedar,saya jauh dari layak untuk dia nampak keindahan Islam..Tapi saya berharap,dia nampak kesungguhan saya dalam beragama,di samping akhlak yang saya tunjukkan ketika kami bersama.Hidayah itu milik Allah..dan Allah boleh berikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA.Ya Allah..berikan hidayahMu kepada kami dan kepada mereka.. Ameen

2 thoughts on “Mencari Hidayah Allah

  1. Assalamu’alaikum nieza..^_^

    Saya suka baca story yang satu ni..

    TakaraMono? apa mksudnya?

    Kiminoegao, ……..awak?

    selalu dgr kat lirik lagu (waktu jahil dulu suka dgr n tgk video nihonjin).

  2. Waalaikumssalam.. ^-^
    Takaramono= treasure/harta
    Kiminoegao sekadar name link je..tp kalo mksd nye dlm BM ialah =senyuman kamu (heheh!)

    dgr dn tgk vid nihonjin?wah..terer nihongo la kalo cmtu yek..(“,)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s