Hiroshima · Japan · Omelanku · Study

@photoshop

Pagi tadi ada midsem exam..Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.Biarpun jawab berlubang-lubang tapi saya bersykur.Rasa-rasanya saya dapat jawab hampir 3/4 daripada semua soalan.Tak tahu la betul atau tak.Tapi kalau lah apa yang saya study sejak seminggu lalu tu adalah apa yang saya jawab tadi,inshaAllah tiada masalah.Moga-moga Allah berkati usaha saya.Ameen..

Saya pelik sungguh kenapa saya tak dapat melelapkan mata semalam.Balik dari kelas petang semalam saya singgah library..ingatkan nak study untuk exam Mechatronics hari ni.Tapi tiba-tiba rasa ngantuk sangat.Saya terus balik dan tidur selepas waktu maghrib..waktu maghrib sekarang masuk awal sebab musim sejuk.Lebih kurang pukul 5 camtu dah gelap.Tapi kalau nak diikutkan tak ada lah lama sangat saya tidur.Saya pun mula study pukul 8:30 malam sampai 2pagi.Bersiap sedia nak tidur sampai pukul 3 pagi mata terkebil-kebil lagi.Tiba-tiba terasa lapar.Yang paling saya tak percaya..saya boleh bangun pegi masak meggi kari…

Nasib baik saya boleh bangun pagi tadi dan jawab exam sampai habes..owh penatnya…

Hari ni mula berjinak-jinak dengan rekaan grafik.Sebenarnya saya sangat berminat dengan seni grafik ni.Tapi saya kurang berbakat.Atau kata orang tak kreatif la..sebabnya sejak akhir-akhir ni saya selalu  tengok rekaan-rekaan grafik daripada pereka kreatif di iluvislam.Grafik yang ditonjolkan pula mengetengahkan ciri-ciri keislaman bukan sahaja pada gambar dan imejnya tapi juga diselitkan dengan kata-kata hikmah,ayat Al-Quran dan hadis-hadis nabi.Begitu saya mengagumi bakat-bakat mereka..dan yang paling saya kagumi ialah cara pendekatan mereka untuk menerapkan nilai keislaman kepada pecinta agama ini.Juga sangat sesuai menjadi wadah dakwah yang saya kira sangat berkesan dalam usaha menyebarkan kefahaman Islam.Betapa nilai gambar itu sangat mahal harganya bagi orang-orang yang pandai mereka dan mengubahsuai dengan penataan cahaya,bayang-bayang serta macam-macam lagi.Hati yang membeku dan dingin serta terasa jauh dari Islam juga kemungkinan mencair hanya dengan sekeping gambar yang di edit dan diselitkan nilai keISLAMan.Membuatkan seseorang itu berfikir dan merenung..Hidup ini berteras dan berpandukan Islam.Apa-apa sahaja yang kita lihat di muka bumi ini mewakili gambar-gambar tersebut.Dan gambar-gambar itu sebenarnya ada cerita di sebaliknya.Jika kita mengetahui nya…

Saya berazam untuk belajar dengan lebih mendalam lagi dalam bidang ini.Saya betulkan niat.Hasil kerja saya nanti bukanlah untuk dikagumi.Moga-moga hasilnya nanti menjadi asbab untuk seseorang itu dekat dengan Islam.Dan berfikir akannya..mudah-mudahan InshaAllah..permudahkan Ya Allah..

Kat bawah ni saya sertakan gambar-gambar yang telah saya edit sepanjang petang tadi..baru level 1..mungkin tak berapa menjadi..heheeh!

gambar ni diambil di kawasan universiti aku ketika pertengah Nov 2008.Masa ni  musim luruh tapi daun-daun belum gugur lagi..Subhanallah cantiknya permandangan..
gambar ni diambil di kawasan universiti aku ketika pertengah Nov 2008.Masa ni musim luruh tapi daun-daun belum gugur lagi..Subhanallah cantiknya permandangan..
suasana ketika solat sunat Aidiladha di perkarangan blok Engeering Faculty tahun 2006.Muslimin dan Muslimat dari pelbagai negara berkumpul untuk menunaikan solat hari raya.Oleh kerana Hari Raya Aidiladha tahun tersebut jatuh pada cuti umum,kami tak berjaya mendapatkan dewan untuk tujuan solat berjemaah.Pengalaman solat di perkarangan bangunan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.Islam itu tidak menyusahkan umatnya..
suasana ketika solat sunat Aidiladha di perkarangan blok Engineering Faculty tahun 2006.Muslimin dan Muslimat dari pelbagai negara berkumpul untuk menunaikan solat hari raya.Oleh kerana Hari Raya Aidiladha tahun tersebut jatuh pada cuti umum,kami tak berjaya mendapatkan dewan untuk tujuan solat berjemaah.Pengalaman solat di perkarangan bangunan satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.Islam itu tidak menyusahkan umatnya..
Jam ni dihadiahkan oleh seorang senior yang sanga rapat dengan aku sejak di Malaysia lagi..Aku menitiskan air mata kerana terharu..terima kasih akak..
Jam ni dihadiahkan oleh seorang senior yang sanga rapat dengan aku sejak di Malaysia lagi..Aku menitiskan air mata kerana terharu..terima kasih akak..
ketika berPICNIC melihat sakura ciptaan Yang Maha Agung
ketika berPICNIC melihat sakura ciptaan Yang Maha Agung

One thought on “@photoshop

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s