My Family · Omelanku · Study

Hatsu yuki da..

Mengantuk sungguh melalui hari ini.Bangun seawal 7:50 pagi untuk ke kelas Mechine Design.Semalam tidak boleh melelapkan mata.Pukul 1:00pagi masih di depan laptop menonton drama dari tanah air sambil makan nasik..(musim sejuk musim lapar dan berhibernasi^^) Pukul 2pagi baru off laptop dan masuk dalam selimut.Itupun mata masih terkebil-kebil dalam kegelapan.Mungkin sejak akhir-akhir ini selalu tidur lambat.Bangun pun dah pasti la lambat.Pukul 10 tersedar tapi mata berat sangat.Dalam pukul 11 camtu baru bulat mata.Apa nak jadi dengan saya..huih!M

Mungkinkah juga kerana banyak sangat perkara bermain dalam kepala.Salah satunya tentang keluarga saya atau lebih spesifik lagi tentang mak dan abah.Terkenang mereka di tanah suci.Saya terfikir-fikir apalah yang sedang mereka lakukan sekarang ini.Jam 8 malam waktu tempatan semalam abah telefon dari tanah suci.Alhamdulillah semua mereka sihat.Abah ceritakan pengalaman ringkas selama masuk hari ke-3 di sana.Saya teruja dengar abah bercerita tentang Kaabah di depan mata dan keluasan serta kemegahan Masjidil Haram…Syukur tidak terhingga di hatinya sujud di depan Kaabah yang selama ini hanya dilihat dalam gambar atau di kaca TV.Melihat sendiri keagungan dan kebesaran Allah membuatkan hatinya sebak.Sesebak perasaannya meninggalkan tanah air sebelum berangkat ke tanah suci.Kata Along,beberapa kali abah menitiskan air mata.Saya dapat merasakan perasaannya.Kata-kata abah kebelakangan ini juga penuh hikmah.Tidak pernah saya mendengarnya sepanjang hidup saya sebelum ini.Abah seperti bukan seseorang yang saya kenali sebelum ini.Abah yang dulu sangat tegas.Kata-katanya agak keras dan dia nampaknya lebih cenderung bergurau dengan keluarga dan kawan-kawannya berbanding dengan kami anak-anaknya.Namun,semakin kami membesar dan menginjak usia dewasa,saya semakin jumpa diri abah yang sebenar.Kiranya abah yang selama ini saya kenali hanya sebahagian daripada dirinya yang masih belum sepenuhnya dicerminkan untuk kami.Saya jumpa perasaan halus dalam hatinya.Dan sesuci kasihnya buat kami anak-anaknya.Apakah kerana hidayah dariMu Ya Allah..yang engkau berikan dalam hati hamba-hambamu yang berusaha mencarinya.Berusaha dekat denganMu dalam mencari keredhaanMu.Saya tidak putus-putus mengucap syukur dalam hati.Kata abah,selepas bersara nanti,abah mahu bawa kami sekeluarga datang menunaikan umrah bersama.InshaAllah..moga Allah murahkan rezeki kita,abah..

Akhirnya saya tertidur juga selepas menangis terkenangkan abah.Betapa hidayah itu milik Allah dan dia akan berikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.Selepas tamat kelas pg tadi saya terus pulang dan sambung tidur.Petang pula ada kelas sekali lagi dan berakhir jam 4.Selepas kelas seperti biasa  stay kat tempat kegemaran saya bersama teman baik.Konon-konon nak menelaah la..sejuknya petang ini..dari pagi lagi angin musim sejuk bertiup kencang.Tiba-tiba turun salji!! tapi tak selebat mana..subhanallah masih lagi Allah panjangkan umur saya untuk memperlihatkan tanda-tanda kebesaranNya ini..

kenangan winter 2007..kesan salji yang telah dipijak^^
kenangan winter 2007..kesan salji yang telah dipijak^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s