Kenangan · My Family · Omelanku

Siapa Orang Yang Berjaya?

Keputusan UPSR lebih baik’ kata Ketua Pengarah Pelajaran,Datuk Alimuddin Mohd Dom seperti yang telah diberitakan di Utusan Malaysia hari ini.

Kejayaan itu milik Allah..maka ucapkanlah alhamdulillah untuk pulangkan semula segala puji-pujian pada Allah
Kejayaan itu milik Allah..maka ucapkanlah alhamdulillah untuk pulangkan semula segala puji-pujian pada Allah

 

“Seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil”

Diberitakan juga tentang saudara kembar 5 yang tidak seiras dari Melaka berkongsi kejayaan apabila 3orang daripadanya memperolehi 5A dalam UPSR manakala 2 daripada saudara kembar ini memperolehi 4A 1B.Begitu juga bagi kembar 3seiras dan sepasang kembar seiras daripada sekolah yang sama dari Kuala Terengganu turut mencapai kejayaan yang sama.

 

Saya pun tersenyum sendiri sambil mengucap syukur.Tentu seronok berkongsi kejayaan.Menumpang gembira bagi kejayaan orang lain pun telah membuatkan hati kita bahagia,inikan pula apabila sama-sama berjaya.Masyaallah..Pada ketika ini,saya segera teringatkan mak di tanah air.Kalau kami berkongsi tentang cerita ini,mak pasti akan melahirkan rasa bangganya bagi kejayaan-kejayaan sebegini.Mak pasti akan kata pada saya…’Seronoknya mak ayah dia…’ satu dialog yang saya sendiri pun dah boleh hafal.Sambil mak membayangkan dirinya berada di tempat mereka.Bukan mudah kerja mendidik.Bukan kerja senang.Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.Seperti kisah kami berbelas tahun dahulu,dan seperti kisah adik bongsu kami tahun lalu.

 

Masih basah dalam ingatan ini.Mak menceritakan pengalamannya ketika keputusan UPSR adik diumumkan tahun lalu.Mak tak berani nak ke sekolah.Bukan tak yakin dengan kemampuan adik tapi entahlah..mungkin perasaan berdebar tu yang membuatkan mak tak mahu mengiringi adik ke sekolah tapi menanti saja di rumah.Pagi-pagi adik ke sekolah dan tunggu sampai cikgu pulang dari Pejabat Pendidikan membawa keputusan.Mak pula membeli kuih untuk sarapan pagi .Ketika itu lah mak disampaikan dengan satu berita yang menggembirakan hatinya oleh seorang jiran kami yang bekerja di Pejabat Pendidikan.Entah macam mana keputusannya boleh bocor.Tapi mak masih tak percaya walaupun hati mak dah berbunga.Mak terus bersiap ke sekolah adik.Mak menanti di kantin sekolah dan dari jauh mak lihat adik berlari-lari ke arahnya membawa keputusan peperiksaan.Mak terus menangis gembira mendengar adik menjerit-menjerit memberitahu mak dia dapat 5A.Alhamdulillah..segala puji hanya bagi Allah.Kejayaan itu sebenarnya milik Allah.

 

Saya di sini pula tidak boleh melelapkan mata walaupun kelas pagi itu lambat lagi bermula.Tiba-tiba datang sms dari abah membawa berita gembira.Alhamdulillah..saya mengucap penuh syukur.Tiba-tiba air mata bergenang..

 

Semalam saya diberitakan tentang kejayaan adik sepupu saya di tanah air dalam UPSR.Saya cuba membayangkan perasaan Mak Ngah dan Pak Ngah.Saya dapat merasakannya..Di satu sudut yang lain saya turut menerima berita tentang seorang lagi sepupu belah abah di ibu kota yang kurang berjaya dalam peperiksaannya.

 

Hati rasa terkilan.Membuatkan saya berfikir.Betapa perlunya pengorbanan dalam menggapai sebuah kejayaan.Bukan sahaja pengorbanan daripada diri sendiri tetapi juga kedua ibu bapanya.Rahsia di sebalik kejayaan perlu dikongsi bersama.Jika ditanya kepada orang-orang yang berjaya,jawapannya pasti sama.Komitmen sangat perlu diberi perhatian termasuk daripada ibu bapa.Saya juga berfikir betapa berbezanya cara seseorang melihat sesuatu.Kemungkinan seseorang itu melihat pendidikan di peringkat rendah itu kurang penting.Ada juga orang melihat,kejayaan itu adalah sesuatu yang diwarisi..Atau mungkin mereka melihat,jika sudah tiada potensi,kejayaan itu adalah mustahil.Betapa ruginya apabila kita tersilap menafsir dan meleset ketika berfikir;

 

Kesedaran itu datang dari dalam diri.Kejayaan pula datang selepas kesedaran.Tapi harus diikuti dengan usaha dan tawakkal yang bersungguh-sungguh.Harta benda yang diwarisi akan hilang ditelan masa tetapi tidak bagi ilmu.Ilmu itulah yang boleh mengubah hala tuju masa hadapan kita.Renung-renungkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s