Japan · Kenangan · Story

My First Day

Pagi-pagi lagi saya dan Ayana san tersalah naik bas.Kami sepatutnya mengambil bas ke Higashi Kakogawa Stesen.Rupa-rupanya bas tersebut menuju ke kawasan perindustrian berdekatan.Tiba di kilang,semua orang turun,kecuali kami.Saya terus menuju ke tempat driver untk memberitahunya kami telah tersilap naik bus.Menyedari yang kami telah tersalah naik bas,driver bas terus menghubungi driver bas yang lain menggunakn Walkie Talkie nya.Saya kagum dengan sistem di Jepun.Seboleh mungkin mereka memudahkan kami,mangsa2 tersilap bas ni.Cepat dn tangkas..Encik driver mengarahkan kami bertukar bas yang sedia menunggu di seberang jalan.Kami terus berlari-lari menyeberangi jalan menuju ke arah bus yg dimaksudkan.sesampainya kami di pintu bus,kami disambut dgn senyuman dan ucapan selamat oleh driver bas berkenaan.lega hati saya..terasa hilang penat berlari dan  perasaan yg bercmpur baur kerana berkejar dengan masa.Orang-orang Jepun memang baik hati.Kekaguman saya bertambah lagi.

Perjalanan kami menaiki tren dari Stesen Higashi Kakogawa ke Stesen Nada memakan masa hampir 40 minit lamanya.Bertukar dari satu tren ke tren yang lain.Dengan menggunakan khidmat teknologi canggih melalui telefon bimbit,kami dapat mengetahui maklumat tentang jadual perjalanan tren dari satu stesen ke stesen yg lain,dan juga guide di mana kami perlu bertukar tren,dan tren yg mana harus kami naiki.Teknologi ini sangat membantu penumpang-penumpang.Satu teknologi yang tidak ada di tanah air saya.Kami menaiki tren jam 8:43pg,bertukar tren di Sannomiya Stesen,menuju ke stesen Nada.Sesampainya kami di stesen Nada,kami berjalan kaki ke Head Office of Kobelco kira-kira 10minit perjalanan.Nasib baik saya masih ingat jalan ke sana kerana saya pernah datang ke sini untk menghadiri temuduga internship kira-kira sebuln yang lalu.Semasa di perjalanan,bertembung pula dengan sekumpulan pelajar-pelajar lelaki berkemeja putih dn berseluar slack seperti kami.

Jam 10pagi taklimat dimulakan dgn ucapan alu-aluan daripada pegawai yang bertanggungjawab mengurusakan peserta-peserta internship,Ikai San.Seterusnya kami diminta memperkenalkan diri masing-masing kira-kira 2minit.Tiba-tiba rasa cuak..nasib baik saya orang yang ke-27.Sempat juga merangka ayat,dan isi yang akan saya perkatakan dalam ms 2 minit ucapan saya nanti.Saya menarik nafas lega apabila kesemua pendengar-pendengar ucapan saya menepuk tangan tanda berakhir sdh ucapn 2 minit saya.Entah macam mana ucapan ‘on the spot’ saya.Macam tunggang langgang aje penyusunan ayat dan grammar nya..

Selepas makan tengah hari kami mula berpecah kepada kumplan-kumpulan kecil dan bergerak mengikut kumpulan internship masing-masing.Saya dan 2 org kenalan baru menuju ke Takasago Plant.Kami akan memulakan internship di Mechanical Engineering Company di Takasago Plant.Perjalanan memakan masa hampir 70 minit dari Head Office.

Kilang Kobe Steel di Takasago terletak berhampiran dengan laut.Semasa di dalam tren menuju ke Takasago Plant saya sudah nampak satu permandangan yang sangat cantik.Subhanallah laut membiru yang terbentang luas..dan di tengahnya wujud pula daratan yang menempatkan tapak perindustrian Takasago.Laut membiru yang mengelilingi Takasago Plant benar-benar menambat hati.Maha suci Allah yg menjadikan laut yg terbentang luas.Kawasan perindustriannya sgt luas,dan Mechanical Engineering Department tempat saya akan memulakan tugasku pula terletak agak jauh dari pintu masuk kawasan perindustrian.Saya dan Ookuni san dibawa ke tingkat 4.Saya kecut perut tiba-tiba..Saya bayangkan tempat saya akan memulakan tugas nanti di dalam kilang atau sekurangkurangnya di sebuah bilik kecil yang lansung tidak menemukan saya dengan pekerja-pekerja lain di department ini.Rupanya-rupanya satu bilik office yg luas,dan setiap orang ada meja dan desktop masing-masing.Untuk saya sendiri telah disediakan tempat duduk.kemudian saya telah diperkenalkan dengan ketua di Jabatan saya.Selepas itu saya diminta memperkenalkan diri.Sekali lagi saya ingtkan saya hanya akan memperkenalkan diri kpd orang-orang tertentu sahaja,tapi rupa-rupanyanya ketua jabatan saya buat pengumuman untuk semua orang berkumpul.dan di hadapan hampir 30 org pekerja di department tersebut,sekali lagi dengan rasa berdebar saya memperkenalkan diri secara ringkas..satu pengalamn yang tidak pernah saya lalui..di sinilah tempatnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s